Volkswagen Polo Edisi 50 Tahun Diperkenalkan

oleh Qalif Latif|
Volkswagen telah memperkenalkan Polo Edition 50, sebuah model khas untuk meraikan ulang tahun ke-50 model supermini popular ini. Ditawarkan pada harga bermula dari £26,350 (lebih kurang RM157,000), model edisi khas ini akan ditawarkan dalam jumlah terhad di pasaran UK, dengan jualan bermula penghujung bulan Jun ini.

Apa yang membezakan Polo Edition 50 ialah warna eksklusif Crystal Blue, rim aloi 17 inci dan lencana unik Edition 50. Lampu LED depan dan belakang juga dinaik taraf sebagai ciri standard, memberikan gaya lebih mewah berbanding model biasa dalam segmen supermini.

Polo

Kemasan dalaman pula turut mendapat sentuhan istimewa  lencana Edition 50 di beberapa tempat, papan pemuka berkilat hitam dan cermin gelap untuk tingkap belakang. Dari segi kelengkapan pula, model ini dilengkapi bumbung kaca panoramik, sistem kawalan suhu dua zon, kamera undur, dan sistem kunci tanpa kunci serta butang penghidup enjin.

Polo

Di bawah bonet, hanya terdapat satu pilihan enjin enjin petrol 3-silinder 1.0 liter berkuasa 89bhp, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Tiada pilihan transmisi klac berkembar atau enjin lebih berkuasa, menjadikan model ini agak pelik kerana senarai kelengkapannya sangat tinggi tetapi enjin masih asas.

Namun begitu, walaupun edisi khas ini nampak seperti sambutan yang agak 'ringan' untuk ulang tahun ke-50 Polo, Volkswagen sebenarnya mempunyai rancangan lebih besar menjelang hujung tahun dengan pelancaran model elektrik sepenuhnya mereka iaitu ID.2 atau ID.Polo yang bakal menjadi tulang belakang barisan model masa depan VW.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan kewangan yang diumumkan baru-baru ini, Volkswagen menyatakan beberapa faktor utama…
Berita Global
  Di Eropah, Kumpulan VW kekal sebagai peneraju pasaran EV yang dominan dengan penguasaan pasaran…
Berita Global
Projek ini masih berada pada peringkat penyelidikan dan menggunakan sebuah kenderaan konsep yang…