"Hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki memandu secara melawan arus di kilometer (km) tertentu Lebuhraya LDP.
"Lelaki terbabit kemudian melanggar dua kereta jenis Perodua Axia dan Honda CRV yang datang dari arah Sunway sedang menuju ke Puchong," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, akibat kemalangan itu pemandu Honda City yang melawan arus mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di hospital serta sampel darah sudah diuji oleh Jabatan Kimia.
Katanya, kedua-dua pemandu Perodua Axia dan Honda CRV tidak mengalami sebarang kecederaan parah manakala pihak polis akan merakam keterangan pemandu Honda City selepas selesai menerima rawatan.
Muhamad Farid berkata, kes disiasat dibawah Seksven 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.
"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diatas untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi IPD Serdang di talian 09-8074 2222," katanya.
Terdahulu satu klip video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan berwarna hitam dipandu secara melawan arus lalu melanggar pemilik kamera papan pemuka.