Lupa tarik brek tangan, warga emas maut digilis lori sendiri

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Seorang lelaki warga emas maut digilis lori yang dipandunya selepas kenderaan itu menggelongsor di hadapan sebuah kilang ayam di Taman Mawar, Machap Baru di Alor Gajah pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, dalam kejadian pada 12.50 tengah hari Selasa, mangsa seorang warga tempatan berusia 72 tahun memberhentikan lori yang dipandunya di hadapan pintu utama kilang itu sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan dan berjalan menuju ke pondok pengawal.

"Mangsa dipercayai terlupa menarik brek tangan yang menyebabkan lori itu menggelongsor sebelum melanggar dan menggilis mangsa.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Alasan yang paling kerap diberikan adalah terlupa. Kita tidak boleh terima alasan sedemikian atau…
Informasi
“Sekarang ini, ramai orang tertinggal kad pengenalan di setiap stesen pam minyak. Takkan hari-hari…