Kia Sportage generasi kelima itu kini sedang dipamerkan di acara KLIMS 2024 yang berlangsung dari 5 hingga 11 Disember, di mana tempahan juga telah dibuka.

Sportage baharu ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin Smartstream 2.0 liter NA petrol dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang menghasilkan 154 HP dan 192 Nm.
Sementara mereka yang mahukan lebih kuasa, anda boleh memilih varian dengan enjin Gamma II 1.6 liter turbo petrol dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan yang menghasilkan 177 HP dan 265 Nm.

Untuk pasaran Malaysia, Sportage 2024 ditawarkan dengan empat pilihan varian iaitu 2.0L 2WD, 2.0L 2WD High, 1.6T 2WD High dan 1.6T AWD High.
Perinciannya seperti berikut:
Kia Sportage 2.0L 2WD (RM147,218.60)
- Roda aloi 17 inci
- Lampu utama LED automatik
- Lampu DRL LED
- Lampu belakang gabungan LED dan mentol
- Kawalan kunci pintar
- Pengelap cermin automatik
- Boot manual
- Empat sensor parkir belakang
- Paparan instrumen TFT-LCD 4.2 inci
- Kawalan suhu dua zon
- Tempat duduk fabrik
- Sistem infotainmen 8 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay
- Enam pembesar suara
- Kamera undur
Kia Sportage 2.0L 2WD High (RM157,218.60)
(tambahan kepada ciri di atas)
- Lampu kabus LED
- Boot kuasa
- Sensor parkir depan
- Trim luaran piano black dan satin chrome
- Stereng kulit
- Upholsteri kulit sintetik
- Tempat duduk pemandu kuasa
Kia Sportage 1.6T 2WD High (RM176,899)
(tambahan kepada ciri di atas)
- Roda aloi 18 inci
- Lampu utama LED projektor
- Lampu belakang LED penuh
- Paparan instrumen digital 12.3 inci
- Skrin infotainmen lebih besar 12.3 inci
- Kawalan suhu digital
- Blind-spot view monitor
Kia Sportage 1.6T AWD High (RM186,899)
(tambahan kepada ciri di atas)
- Pacuan semua roda dengan differential lock
- Rel bumbung
- Sistem audio Harman Kardon
- Lapan pembesar suara.

Bagi ciri keselamatan, semua varian dilengkapi enam beg udara, ABS, ESC, sistem pemantauan tekanan tayar, serta fungsi bantuan pemanduan seperti kawalan brek menurun bukit dan Cruise Control.
Bermula dari varian 2.0L 2WD High pula, ia didatangkan dengan tambahan ciri high beam assist, blind-spot collision warning, lane keeping assist, autonomous emergency braking, dan Cruise Control adaptif.
Untuk semua varian juga, empat pilihan warna akan ditawarkan iaitu Astra Blue, Meteor Gray, Jet Black, dan Snowflake White Pearl.