Kia Bakal Lancar Varian Trak Elektrik untuk PV5?

oleh Qalif Latif|
Pada Consumer Electronics Show (CES) 2024, Kia pertama kali mendedahkan strategi PBV mereka. Kenderaan dalam siri ini direka sebagai "penyelesaian mobiliti menyeluruh" yang menggabungkan EV berasaskan tugas khusus dengan perisian dan teknologi terkini Hyundai.

PBV Kia dibina menggunakan platform EV ultra fleksibel E-GMP.S milik Hyundai, yang boleh disesuaikan untuk pelbagai kegunaan. Model pertama yang dilancarkan atas platform ini, PV5, mula ditawarkan di UK awal tahun ini dalam dua variasi Cargo dan Passenger.

  • Model Passenger adalah van harian untuk kegunaan peribadi.

  • Model Cargo pula direka untuk kegunaan komersial.

Kia turut mengumumkan lebih banyak varian akan diperkenalkan, termasuk trak sejuk beku, chassis cab, versi katil terbuka (open-bed), varian mewah "Prime", dan model sliding truck.

Baru-baru ini, varian open-bed telah dilihat sedang diuji di Korea inilah kali pertama kita dapat lihat PV5 dalam bentuk sebuah trak elektrik.

PV5

Lebih Banyak Varian Menyusul

Varian trak elektrik ini hadir selepas Kia memperkenalkan PV5 Conversion, yang akan melahirkan model seperti light camper dan camper van.

Kita telah lihat dua konsep baharu PV5 “Spielraum” yang datang lengkap dengan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, malah ruang simpanan wain. Turut diperkenalkan ialah PV5 “WKNDR” van elektrik konsep yang sesuai untuk aktiviti luar dan pengembaraan. Kia juga tampil dengan versi mesra kerusi roda, PV5 WAV.

PV5

Harga dan Spesifikasi Bateri

Di UK, harga permulaan model:

  • PV5 Passenger: £32,995 (RM196,000)

  • PV5 Cargo: £27,645 (RM164,000)

Dua pilihan bateri ditawarkan:

  • 51.5 kWh – jarak WLTP sejauh 179 batu (~288 km)

  • 71.2 kWh – jarak WLTP sejauh 249 batu (~400 km)

Varian Cargo mencatat sedikit kelebihan dari segi jarak:
181 batu (~291 km) dan 247 batu (~397 km) bergantung pada bateri.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu tidak mencapai sasaran asal 3.22 juta unit, prestasi tersebut tetap mencipta…
Berita Domestik
Presiden serta CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim menjelaskan matlamat Kia bukan sekadar menjadi…
Berita Global
Rekaan Hadapan Lebih Berani Dengan Pengaruh Stinger Vision Meta Turismo direka sebagai sedan edgy…