Kawasaki Z650RS rasmi dilancarkan di Malaysia - dari RM37,200

oleh Firdaus Razani|
Seiring dengan pelancaran ruang pameran terbaharu di Puncak Alam, Kawasaki Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu ke pasaran, Kawasaki Z650RS.

Kawasaki Z650RS mula diperkenalkan diperingkat global sekitar tahun 2021 dan ia menampilkan pengayaan sebuah motosikal gaya moden klasik dengan casis lightweight berangka trellis untuk penunggangan yang lebih mudah dan lincah.

 

Kawasaki

 

Z650RS dilengkapi dengan unit enjin 649cc dua sebaris yang menawarkan kuasa output 67hp pada 8,000RPM dan daya kilas 65.7Nm pada 6,5000RPM yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, return shift serta klac assist dan slipper.

Untuk pengalaman tunggangan yang lebih selamat, ia turut didatangkan dengan ABS dua saluran dan tiga mod Kawasaki Traction Control (KTRC).

Setiap mod boleh dilaras sendiri oleh penunggang mengikut kesesuaian tunggangan dan situasi, dimana mod 1 menawarkan tunggangan berprestasi dan mod 2 menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih mesra.

Antara ciri lain yang ditampilkan pada Z650RS ini adalah paparan gabungan klustermeter analog dan paparan digital LCD pelbagai fungsi yang membawa jelas tema gabungan moden-retro.

 

Kawasaki

 

Turut menampilkan tema yang sama adalah pencahayaan lampu hadapan LED dengan reka bentuk bulat dan lampu belakang yang dipadankan dengan reka bentuk lebih dinamik untuk karakter lebih sporty.

Pada tangki bahan api berkapasaiti 12 liter, Z650RS menampilkan logo tulisan “KAWASAKI” yang lebih nampak klasik setanding dengan reka bentuk tangki dan penggayaan keseluruhan motosikal.

 

Kawasaki

 

Selain itu juga, Z650RS menampilkan unit suspension hadapan yang menampilkan fork teleskopik berukuran 41mm dan unit ‘horizontal link shock’ di bahagian belakang dengan preload boleh laras.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan pasangan roda bersaiz 120/70 hadapan, 150/70 belakang bersaiz 17 inci  yang turut menampilkan cakera brek petal-style berukuran 300mm hadapan dan 220mm.

 

Kawasaki

 

Untuk makluman, Kawasaki Z650RS baharu ini merupakan model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Gurun, Kedah dan kini hanya ditawarkan dengan warna Ebony/Wheel Gold yang dijual dengan harga bermula dari RM37,200 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

Tambahan itu, pada setiap pembelian Z650RS ini, pemilik ditawarkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had perbatuan.