Lebih menarik, SUV ini akan berlumba dalam keadaan hampir standard menggunakan enjin 174 kuasa kuda yang sama seperti model produksi, lengkap dengan roll cage baru.
Honda bukan nama asing di Pikes Peak. Mereka sering menyumbang bukan sahaja kereta lumba, tapi juga pace car dan tajaan. Mereka pernah membawa prototaip elektrik sepenuhnya sejak kelas EV pertama diperkenalkan pada tahun 1994. Namun kali ini, CR-V akan menjadi kereta hidrogen pertama dari mana-mana pengeluar yang bertanding di gunung ikonik itu. Ia akan bersaing dalam kelas Pameran (Exhibition) bukan untuk mencatat masa terpantas, tetapi dengan Daijiro Yoshihara, juara Formula Drift dan pelumba berpengalaman Pikes Peak, memandunya, kita mungkin akan lihat masa yang jauh lebih pantas daripada dijangka untuk SUV keluarga bawah 200 hp ini.

Pilihan Tak Disangka Untuk Mendaki Gunung
CR-V e:FCEV (disebut "See Are Vee Eef-Sev", barangkali) adalah pilihan yang pelik dan tak dijangka untuk perlumbaan seperti Pikes Peak. Ia bukanlah jentera aerodinamik tinggi, tapi sebuah kereta keluarga biasa. Malah Honda perlu angkut peralatan bahan api khas ke Colorado semata-mata untuk mengisi semula SUV ini. Tapi mungkin itulah sebab ia menarik.
Model ini hanya diubah suai sedikit suspensi direndahkan, rim ringan 18-inci, pad brek dinaik taraf dan tayar sporty Yokohama. Itu saja, selain pemasangan rollcage. Jauh berbeza berbanding kereta lumba hillclimb sebenar seperti Ford Super Mustang Mach-E dengan aerodinamik ekstrem. Tapi Pikes Peak memang terkenal dengan kereta pelik. Penulis sendiri pernah lihat pikap, SUV dan sedan lama bertanding, dan pengalaman itu jauh lebih menyeronokkan berbanding lihat Porsche Cayman ke-35
Sumber: Jalopnik