"Inisiatif ini manifestasi komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan perjalanan rakyat Malaysia, terutama pada musim perayaan, bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, katanya, seramai 7,127 penumpang pejalan kaki dan 2,221 pengguna kenderaan dua roda menggunakan perkhidmatan feri bagi perjalanan dua hala pada sambutan Hari Wesak tahun lalu.
Beliau berkata, jumlah itu menyumbang kepada keseluruhan statistik perkhidmatan feri bagi 2025 yang mencatatkan 2,347,066 penumpang pejalan kaki dan 784,065 penumpang kenderaan dua roda.
Sehubungan itu, Soon Hin berharap inisiatif feri percuma itu dapat membantu mengurangkan beban kewangan rakyat di samping memberi peluang kepada orang ramai menyambut Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dengan lebih bermakna.
Katanya, SPPP dan PPSB kekal komited mengambil pelbagai langkah bagi memastikan perkhidmatan feri berjalan lancar, dengan aspek keselesaan, keselamatan dan kepuasan pelanggan terus menjadi keutamaan.