BMW 7 Series Baharu Dilancarkan, Sedan Mewah Kini Dengan Teknologi Neue Klasse

oleh Qalif Latif|
BMW secara rasmi memperkenalkan BMW 7 Series Sedan baharu, kemas kini terbesar pernah diberikan kepada model flagship jenama itu sejak diperkenalkan pada tahun 1977. Model generasi ketujuh ini tampil dengan reka bentuk lebih moden, sistem digital baharu serta rangkaian kuasa yang lebih meluas merangkumi petrol, plug-in hybrid dan EV sepenuhnya.

Menurut BMW, 7 Series baharu menjadi sedan mewah pertama syarikat itu yang menerima teknologi daripada platform masa depan Neue Klasse, menjadikannya penanda aras baharu dalam segmen sedan mewah.
BMW 7 Series

 

Harga Pasaran Amerika Syarikat

BMW turut mengumumkan harga permulaan bagi pasaran Amerika Syarikat seperti berikut:

  • BMW 740 – USD101,350 (RM 484,000)
  • BMW 740 xDrive – USD104,350 (RM 498,000)
  • BMW i7 50 xDrive – USD107,550 (RM 513,000)
  • BMW i7 60 xDrive – USD126,250 (RM 603,000)

Rekaan luaran lebih berani dan eksklusif

BMW 7 Series baharu hadir dengan identiti rekaan terkini BMW menerusi gril BMW Kidney Iconic Glow yang dikemaskini, lampu utama kristal lebih nipis serta bentuk badan lebih kemas dan monolitik.
BMW 7 Series

Di bahagian sisi, garisan badan lebih bersih dengan pemegang pintu flush-type, manakala belakang pula menerima lampu rekaan baharu yang lebih lebar dan moden.

BMW turut menawarkan rim bersaiz 20 inci hingga 22 inci, dengan rim 22 inci kini pertama kali ditawarkan terus dari kilang.

BMW 7 Series

Kabinnya umpama lounge mewah bergerak

Ruang dalaman menerima transformasi besar dengan penggunaan BMW Panoramic iDrive bersama Operating System X.
BMW 7 Series

Antara ciri utama termasuk:

  • BMW Passenger Screen untuk penumpang depan
  • BMW Theatre Screen 31.3 inci resolusi 8K di belakang
  • Sistem audio Bowers & Wilkins dengan Dolby Atmos
  • Ambient lighting generasi baharu
  • Panoramic glass roof
  • Pendingin hawa empat zon
  • Executive Lounge rear seating

BMW menyatakan pemilik boleh menyesuaikan kabin dalam hampir 700 kombinasi berbeza.

BMW 7 Series

BMW 7 Series

Pilihan enjin dan EV lebih meluas

Varian elektrik BMW i7 kini menggunakan teknologi bateri Gen6 baharu yang memberikan jarak pemanduan lebih jauh.

Antara model ditawarkan:

  • BMW i7 50 xDrive – 455 hp, jarak sehingga 728 km WLTP
  • BMW i7 60 xDrive – 544 hp
  • BMW i7 M70 xDrive – 680 hp, 0-100 km/j dalam 3.8 saat

Selain itu, BMW turut menawarkan varian petrol mild hybrid seperti 740 dan 740 xDrive, diesel 740d xDrive serta plug-in hybrid:

  • BMW 750e xDrive – 489 hp
  • BMW M760e xDrive – 612 hp

BMW 7 Series

Sistem bantuan pemanduan lebih pintar

BMW 7 Series baharu dilengkapi teknologi BMW Symbiotic Drive dengan penggunaan AI bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan.
BMW 7 Series

Antaranya termasuk:

  • Hands-off driving sehingga 130 km/j di lebuh raya tertentu
  • City Assistant untuk pemanduan bandar
  • Sistem parkir automatik lebih pintar
  • Visual bantuan pemanduan dalam BMW Maps

Pelancaran global bermula Julai 2026

BMW mengesahkan produksi akan bermula di kilang Dingolfing, Jerman, dengan pelancaran global dijadualkan bermula Julai 2026.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan itu dengan merosakkan cermin…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Dengan adanya i7 Protection ia sekaligus menjadikannya sedan elektrik pertama di dunia yang…