Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan itu diperolehi hasil siasatan awal dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selepas imam terbabit membuat laporan polis.
Menurut Abang Zainal, kehilangan kereta terbabit disedari pemilik sekitar jam 1.29 petang.
"Pengadu memaklumkan Toyota Alphard berwarna putih miliknya yang diletakkan dalam keadaan berkunci telah hilang.
"Hasil semakan CCTV didapati kenderaan itu telah dibawa keluar pada awal pagi,” katanya.
Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Kehilangan kereta mewah milik imam terbabit yang juga dikenali sebagai Firdaus Firabib tular di media sosial selepas mangsa memuat naik video di media sosial memaklumkan kenderaan miliknya telah dicuri.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatin Nur Nazihah Zainuddin di talian 019-636 3536 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.