Menurut Pengerusi Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Tipper Malaysia, Datuk Micheal Loo Leep Chye, lori-lori ini dibina semula di Malaysia dan dijual pada harga 50 peratus lebih murah berbanding kenderaan berat baharu. Namun, ia menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan dan kesesuaian penggunaannya di atas jalan raya.
Lori 'rebuild' ini didaftarkan sebagai kenderaan baharu, tetapi penggunaan komponen yang telah luput tempoh boleh meningkatkan risiko kemalangan dan kerosakan mekanikal.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan menuntut perhatian serius daripada pihak berkuasa untuk mengkaji semula piawaian pendaftaran dan pemeriksaan kenderaan berat di negara ini.
Berita penuh di KosmoOnline