2 Maut Dalam Kemalangan Babit Lori, Kereta di Kuantan-Maran

oleh Qalif Latif|
Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di Jalan Kuantan–Maran, berhampiran Kampung Batu 12, pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Nurhan Mustapa, 57, dari Kampung Belimbing, manakala seorang lagi yang maut ialah pemandu lori, Jayasryman, 24, berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika kereta yang dinaiki Nurhan bersama dua lagi ahli keluarganya dari arah Kuantan menghala Maran, merempuh bahagian sisi lori yang ketika itu sedang membuat pusingan U.

“Kereta mangsa dipercayai merempuh bahagian tengah lori yang membuat pusingan U ketika jalan agak gelap dan basah,” katanya.

Nurhan disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu lori meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Kemalangan

Dua lagi mangsa yang cedera kini sedang dirawat di HTAA. Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik hospital tersebut untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

📎 Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bagi tangkapan sebelum ini, (suspek) diberikan jaminan polis (selepas selesai tempoh reman). "…
Berita Domestik
Menurutnya, kereta terbabit dipandu secara laju dan melulu bersama sebuah lagi Mercedes Benz A250…
Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah. "Lelaki warga emas itu dibebaskan…